Persoalan ini menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.
Tambahan pula, e-gajet sendiri tak cas bateri baru / handphone baru selama 8 jam kerana tak sabar nak 'godek-godek' telefon bimbit yang baru dibeli.
Sehingga ke hari ini, apabila kita membeli bateri/ telefon bimbit baru, penjual telefon bimbit akan memberi nasihat untuk cas bateri/ telefon bimbit selama 8 jam.
Hal ini mungkin berlaku 5 tahun yang lalu tetapi tidak kepada telefon bimbit pada masa kini yang menggunakan bateri Li-Ion. Untuk rekod, hampir ke semua telefon bimbit pada masa kini samaada smart phone atau bukan smart phone menggunakan bateri Li-Ion. Jadi anda tak perlu risau untuk mengecas bateri/ telefon bimbit anda selama 8 jam.
Bateri jenis lama, NiCD bukan hanya perlu dicas selama 8 jam untuk pertama kali digunakan, malah ia berkemungkinan untuk mencair apabila dicas melebihi 8 jam.
Bagi bateri jenis baru, Li-Ion, ia lebih mudah digunakan dan tak banyak pantang larang seperti bari Ni-CD. Hanya beberapa perkara yang perlu ditekankan seperti berikut:
- Menghindari dari pancaran matahari secara langsung.
- Menggunakan pengecas berkualiti (original) - untuk tahan lebih lama.
- Mengelakkan penggunaan arus terus semasa mengecas (seperti generator, powerbank dan mengecas di dalam kereta -menggunakan bateri kereta).