Thursday, February 6, 2014

(MITOS) Perlukah Cas Bateri Atau Telefon Bimbit Baru Sehingga 8 Jam?


Persoalan ini menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Tambahan pula, e-gajet sendiri tak cas bateri baru / handphone baru selama 8 jam kerana tak sabar nak 'godek-godek' telefon bimbit yang baru dibeli. 

Sehingga ke hari ini, apabila kita membeli bateri/ telefon bimbit baru, penjual telefon bimbit akan memberi nasihat untuk cas bateri/ telefon bimbit selama 8 jam.



Hal ini mungkin berlaku 5 tahun yang lalu tetapi tidak kepada telefon bimbit pada masa kini yang menggunakan bateri Li-Ion. Untuk rekod, hampir ke semua telefon bimbit pada masa kini samaada smart phone atau bukan smart phone menggunakan bateri Li-Ion. Jadi anda tak perlu risau untuk mengecas bateri/ telefon bimbit anda selama 8 jam. 

Bateri jenis lama, NiCD bukan hanya perlu dicas selama 8 jam untuk pertama kali digunakan, malah ia berkemungkinan untuk mencair apabila dicas melebihi 8 jam. 

Bagi bateri jenis baru, Li-Ion, ia lebih mudah digunakan dan tak banyak pantang larang seperti bari Ni-CD. Hanya beberapa perkara yang perlu ditekankan seperti berikut:


  • Menghindari dari pancaran matahari secara langsung.
  • Menggunakan pengecas berkualiti (original) - untuk tahan lebih lama.
  • Mengelakkan penggunaan arus terus semasa mengecas (seperti generator, powerbank dan mengecas di dalam kereta -menggunakan bateri kereta). 

Wednesday, February 5, 2014

10 Permainan Android Paling Popular Di Malaysia 2014


Di bawah adalah 10 permainan android pada tahun ini. Jadi kepada addicted android games tue, boleh muat turn dan cuba main satu persatu ya.. Hehehe

Kedudukan : #1
Nama : Clash Of Clans
Genre : Strategi

Kedudukan : #2
Nama : Candy Crush Saga
Genre : Puzzle

Kedudukan : #3
Nama : Pou
Genre : Simulation



Kedudukan : #4
Nama : Angry Bird Star Wars II
Genre : Arcade, Logic

Kedudukan : #5
Nama : Fruit Ninja Free
Genre : Arcade

Kedudukan : #6
Nama : Hill Climb Racing
Genre : RPG

Kedudukan : #7
Nama : Dead Trigger II
Genre : RPG




Kedudukan : #8
Nama : Plants vs Zombies II
Genre : RPG 



Kedudukan : #9
Nama : Deer Hunter
Genre : RPG


Kedudukan : #10
Nama : Crime City (Action RPG)
Genre : RPG



Monday, February 3, 2014

(8 GAMBAR) Harga Iphone 6 Di Pasaran Malaysia


Berkenaan harga Iphone 6, sehingga kini pihak Apple sendiri masih belum memaklumkan harga, tarikh dan spesifikasi sebenar. Namun rumors mengatakan harga Iphone 6 adalah lebih murah daripada Iphone 5s.

Untuk rekod, harga Iphone 5s di pasaran Malaysia ialah RM 2,299.00 (16GB).

Insyallah, e-gadjet akan membuat kemas kini harga Iphone 6 sebaik sahaja diumumkan oleh Apple.

Jom layan beberapa gambar Iphone 6.












Tarikh Pelancaran Iphone 6 dan Spesifikasi Penting


Sehingga ke hari ini, Apple masih belum mengumumkan tarikh pelancaran sebenar Iphone 6. Namun begitu, secara tidak rasminya, tarilkh pelancaran telefon bimbit generasi baru dijangkakan akan dilancarkan pada Sept 2014. 

Jadi, secara tak langsungnya, Iphone 6 boleh di dapati di Malaysia lebih kurang 3 - 4 hari lewat sedikit berbanding tarikh sebenar pelancarannya. 

So, apa yang best tentang Iphone 6 ini? Jom baca spesifikasi Iphone 6 ini.

SPESIFIKASI

  • SCREEN 4.8 - 6 INCH - Sehingga ke hari ini, masih tiada spesifikasi sebenar dari pihak Apple. Namun, khabar angin mengatakan kemungkinan besar saiz screen Iphone 6 ialah di antara 4.8' sehingga 6'. Saiz ini memang sesuai kepada mereka yang gilakan permainan gamr melalui apps. Untuk makluman, saiz screen Galaxy Note 3 ialah 5'. Ini bermaksud saiz Iphone 6 ini adalah lebih besar.
  • MEMORY 120 GB - Peningkatan memory untuk Iphone 6. Kalau dahulu, memory untuk Iphone 5s ialah 64GB. Jadi, kalau yang gemar menyimpan gambar banyak-banyak dalam smart phone tue, Iphone 6 adalah pilihan terbaik.
  • TRANSPARENT - Khabar angin mengatakan bahawa Iphone 6 akan menampilkan ciri-ciri transparent di screen. Namun, ada juga meletakkan model Iphone 6 ini adalah keseluruhannya adalah transparent. Namun berita sebenar masih belum diketahui. Kalau dilihat pada video trailer Iphone 6 ini, tiada pula ciri-ciri transparent seperti yang disebut-sebutkan oleh khabar angin. 

Baca Di Sini: Video Trailer Iphone 6


KHABAR ANGIN

Itu sahaja beberapa khabar angin yang kami perolehi mengenai Iphone 6. Nak percaya sangat pun susah jugak. Coz tarikh pelancaran sebenar pun khabar angin. Sebelum ini, tarikh pelancaran Iphone 6 yang diura-urakan adalah pada Jun 2013. Alih-alih, Iphone 5s pula yang keluar. 

Selain itu, beberapa gambar Iphone 6 yang melengkung juga tersebar. Namun dinafikan oleh pihak Apple apabila mereka melancarkan video trailer Iphone 6 ini. 

Anda boleh layari laman Youtube Apple yang memaklumkan tarikh dan pelancaran terbaru produk ini di http://www.youtube.com/user/Apple?feature=watch

Video Trailer Pelancar Iphone 6. Memang Mengancam!


Video pelancaran produk Iphone terbaru. Iphone 6! Memang mengancam.

Di antara ciri-ciri yang paling e-gadjet suka screen bersaiz 5'. Lebih kurang saiz Galaxy Note 3.

Nak diikutkan, ciri-ciri screen memang amat-amat mempengaruhi. E-gadjet buat masa ini memakai Galaxy Note 2 kerana screen yang besar. Senang nak main game. Hehehe..


Jom layan video trailer Iphone 6 terbaru di bawah!